Wednesday, December 10, 2008

Ejawi.net; laman yang dapat membantu anda menukar tulisan rumi ke tulisan jawi

Ejawi.net, sebuah laman yang telah diilhamkan oleh saudara Nik Muhammad Nik Abdul Kadir pada 20 Mac 2006 atau bersamaan 19 Safar 1427H .

Laman ini mempunyai keistimewaan terutama kepada pengguna internet yang mahu belajar atau berhasrat untuk menukar (converting) Tulisan Rumi kepada tulisan Jawi.

Tulisan Jawi adalah tulisan warisan bangsa Melayu. Mula digunakan semenjak kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara oleh bangsa Melayu. Dari Kerajaan Pasai, Kesultanan Melaka, Acheh, Kesultanan Pattani sehingga ke hari ini.

Tetapi, tulisan Jawi adalah amat kurang digunakan pada masa kini. Namun, kini terdapat usaha untuk memulih populariti tulisan ini di kalangan generasi muda bangsa Melayu. Ejawi.net adalah salah satu usaha untuk mempopularkan kembali Tulisan Jawi.

Aplikasi/Kemudahan di Ejawi.net:
a)Forum - di mana pengunjung laman web dapat berbincang mengenai Tulisan Jawi
b)Portal - laman yang mempunyai artikel bertulisan Jawi dan terjemahan di dalam tulisan Rumi
c)Converter - aplikasi menukar tulisan Rumi ke tulisan Jawi





Cara penggunaan 'converter' di Ejawi.net:
1)Taipkan perkataan di kotak 'Your Malay Text here'
2)Klik butang 'Convert'.
3)Tulisan Jawi akan muncul di kotak 'Conversion Result'

-Selamat mencuba!

Penilaian:
7.7 - Satu laman web yang cukup sesuai untuk mereka yang ingin belajar tulisan Jawi. Malah dengan adanya laman forum, pengguna internet dapat berinteraksi dan berkongsi pendapat mengenai tulisan Jawi. Syabas diucapkan kepada saudara Nik Muhammad.

Related posts you may want to read



No comments: